The wedding ceremony of Captain Razef + Akma - 25 Nov 2007
Ya sahabat semua,
Pada hari Sabtu yang lepas, aku telah outstation ke utara tanah air. Kali nie, aku pergi ke Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah. Ada jemputan kenduri member aku masa ITM dulu yang mana sekarang nie, dia dah jadi Kapten TUDM di Sungai Besi. Manakala isterinya bertugas di UTEM, Melaka. Masa pengantin tiba tu, ada lagu "Scotland The Brave" versi bagpipe... best ;-)
Aku telah bertolak ke SP pada pagi Ahad (25 Nov 2007) dari Taiping untuk membuat liputan tentang majlis tersebut. Pada hari Sabtu tu, aku telah balik ke Taiping (kampung aku daa) dan tido semalam.
Selepas kenduri di SP, aku bergegas balik ke Taiping pada jam 2.00pm dan sampai ke Taiping pada jam 4.20pm. Tepat jam 5.00pm, aku bertolak dari Taiping menuju ke Sekinchan (rumah mertua) menggunakan jalan lama iaitu jalan pesisir laut. Sampai di sana lebeh kurang jam 9.00pm, lepas berehat sebenter, bertolak pulak ke S Alam dan tiba di sana pada jam 11.30pm...
Banyak road block la....tengoklah foto2 yang sempat aku ambil.. 8-) :->